Rabu, 23 Mei 2012

AHLAN YA REJAB!!!

                                               cantik tak?ni saya lukis tau...tak caya suda.. :P

assalamualaikum dan selamat datang kepada pembaca blog saya kerana inilah fist time saya karang blog...tajuk saya ialah "AHLAN YA REJAB!!!"

AHLAN YA REJAB!!!

Aku tak sabo nak puase rejab...cube korang teka..aku puase sebulan ke seminggu..skang ni adik aku puase 2 hari..aku puase 1 hari jer!! nampak beriya2 nak puase rejab tapi ade sebabnye..ade saya trbace 1buku yg berjudul "AMALAN & IBADAT SEHARIAN" m/s 151-153

buku ini kepunyaan mak saya.. :)

Melalui petikan daripada buku ini,ia mengatakan:

hadis RASULULLAH S.A.W. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bermaksud:"REJAB ADALAH BULAN ALLAH,SYA'BAN ADALAH BULANKU (RASULULLAH) DAN RAMADHAN ADALAH BULAN UMATKU." 

     Dari hadis tersebut dan juga banyak lagi hadis baginda menunjukkan bahawa ketiga2 bulan tersebut merupakan tempoh yg panjang untuk umat islam mngekepadanyarjakan brbagai2 amal ibadah,yg dberi sebesar2 ganjaran pahala,khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.(macm bisnes plak..bisnes akhirat.. :P hehe..)

FADHILAT PUASA REJAB   

   Amal ibadat sunat yg paling utama dan amat besar ganjaran pahalanya ialah BERPUASA SUNAT-paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu SEPANJANG BULAN REJAB,sebagaimana yg diamalkan oleh RASULULLAH S.A.W.

     Menurut maksud sebuah hadis RASULULLAH S.A.W,sesiapa yg BERPUASA SEBULAN pada BULAN REJAB,maka ALLAH S.W.T menyeru kepadanya "TELAH WAJIB HAKMU ATAS-KU,TIDAK AKAN TOLAK HAJATMU.ENGKAU ADALAH JIRAN-KU DI BAWAH "ARASY-KU.BERBAHAGIALAH KAMU,TIDAK HIJAB DIANTARA AKU DAN ENGKAU."Fadhilat selanjutnya (menurut beberapa Hadis RASULULLAH S.A.W)adalah berikut:

  • berpuasa sunat rejab 20 hari,diampunkan dosa2nya yang lalu.
  • berpuasa sunat rejab 19 hari,dibinakan sebuah MAHLIGAI di SYURGA.
  • berpuasa sunat rejab 16 hari,akan dapat melihat ALLAH S.W.T. di SYURGA.
  • berpuasa sunat rejab 15 hari,diberi pahala seperti berpuasa 100,000 tahun(menurut sayidina Ali Ibn Abi Talib R.A)
  • berpuasa sunat rejab 14 hari,diberi pahala seperti berpuasa 10,000 tahun (menurut sayidina Ali Ibn Abi Talib R.A)
  • berpuasa sunat rejab 13 hari,diberi pahala seperti berpuasa 3,000 tahun (menurut sayidina Ali Ibn Abi Talib R.A)
  • berpuasa rejab 10 hari,akan diberi 2 SAYAP (kepak) untuk TERBANG seperti KILAT  di ATAS TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM pada HARI QIAMAT.
  • berpuasa rejab 9 hari,akan dapat MENGUCAP ketika KELUAR dari QUBUR dan TIDAK DITOLAK MASUK ke SYURGA.
  • berpuasa rejab 8 hari,akan DIBUKAKAN 8 PINTU SYURGA pada HARI QIAMAT.
  • berpuasa rejab 7 hari,akan DITUTUPKAN 7 PINTU NERAKA pada HARI QIAMAT.
  • berpuasa rejab 6 hari,akan dikeluarkan dari QUBUR pada HARI QIAMAT dengan muka yang BERCAHAYA.
  • berpuasa rejab 5 hari,akan diAMANkan daripada AZAB QUBUR.
  • berpuasa rejab 4 hari,akan MENJAUHI BALA BENCANA dan PENYAKIY yang BERAT serta FITNAH DAJJAL pada HARI KIAMAT.
  • berpuasa rejab 3 hari,akan dibinakan BENTENG yang MENGHALANG ke NERAKA pada HARI QIAMAT.
  • berpuasa rejab 2 hari,diperGANDAkan PAHALA ibadatnya.
  • berpuasa rejab 1 hari,diberi PAHALA seperti berPUASA 40 TAHUN diberi MINUM AIR SYURGA dan diberi PAHALA seperti MENGERJAKAN IBADAT SEUMUR HIDUP.
  • Jika berpuasa 1 hari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti 1,000 kali ibadat HAJI dan UMRAH.
  • berpuasa sunat rejab 1 hari pada 27 REJAB 1433 hijrah bersamaan 17 JUN 2012 masihi iaitu hari ISRA' MI'RAJ akan diberi pahala seperti berpuasa 60 bulan.Jika disertai dengan ibadat bersedekah akan diberi pahala seperti berpuasa 1,000 tahun.
  • Pada keseluruhannya,mereka yang berpuasa pada bulan rejab,akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu,dipeliharakan  ALLAH IMANNYA BAGI BAKI USIANYA dan TERLEPAS dari DAHAGA pada HARI QIAMAT.

jadi...aku amik yg brpuasa 1 hari atau 4 hari...korang ape lagi?!  mai2 pi mai pilih mane satu pilihan kalian!! kalo x nak puase pun x pe...x de paksaan..JANGAN MENUDUH SAYA PAKSA KORANG TAU!!! ok..itu saje...jom kite puasa bulan rejab.banyak ganjaran kepada org yg berpuasa rejab tau! nantikan tajuk selanjutnya ye! GOODBYE!!

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan